"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..."

Surah Al baqarah : Ayat 240

Jumaat, November 25, 2011

Selamat menyambut Awal Muharram 1433h

Salam AWAL MUHARRAM 1433 Hijrah !
Bermula daripada selepas asar ini 26 November 2011 bersamaan 30 ZulHijjah 1432 Hijrah marilah sama-sama kita meluangkan sedikit masa untuk membaca doa akhir tahun ini ;
Selepas Mahgrib pula , menjelmalah 1 Muharram 1433 H marilah sama-sama pula kita membaca doa awal tahun pula ;
Fadhilat membaca doa² ini ;
Ibnu Abbas berkata: “Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu”.
Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, “Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
Wallahua’lam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan