"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..."

Surah Al baqarah : Ayat 240

Ahad, November 21, 2010

Pemohonan Penamaan Wasiat Pusaka

Persetujuan waris cara terbaik mengangkat, memuliakan wasiat


CONTOH surat wasiat AmanahRaya.
Kefahaman wasiat dan pusaka bantu perancangan pelan kewangan serta pewarisan lebih sempurna

APABILA dilakukan dengan cara yang betul dan untuk tujuan mulia hanya semata-mata mencari keredaan Allah maka kekuatan wasiat akan diangkat dengan cara terbaik dan menepati objektif utama mendapat ganjaran baik di dunia serta akhirat.



Persoalannya, mampukah semua waris si mati melakukannya? Antara sebabnya ialah masih ramai keliru antara wasiat dan pusaka sedangkan kefahaman mengenainya boleh menjadi pemangkin kepada perancangan kewangan dan pewarisan harta umat Islam.
Lazimnya berwasiat dalam bentuk pesanan oleh si mati dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh waris. Amanah selalunya dipikul saksi yang berada sewaktu pesanan terakhir si mati dibuat.

“Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sudah tiba masanya wasiat diangkat sebagai satu alternatif penting bagi orang Islam merancang pelan pewarisan masing-masing. Mempunyai pelan pewarisan sama penting dengan proses mencari dan mengumpul harta serta bagaimana membelanjakan atau menggunakannya.

Untuk tujuan itu, AmanahRaya sebagai agensi milik penuh kerajaan bersifat berkecuali tanpa kepentingan peribadi, menyediakan khidmat perancangan pewarisan Islam
AmanahRaya  melantik Egen Prudential BSN Takaful BHD sebagai Ejan kami untuk mempermudahkan anda diluar sana untuk berurusan dengan Amanah Raya Berhad,untuk pemohonan wasiat anda boleh hubungi saya ditalian : 017-6896737(amiemisliani) / 017-6896707 (siti nurulaien) atau 
Untuk pemohonan sila lengkapkan borang pemohonan dan tetapkan tarikh temujanji untuk pertemuan saya bersama anda (klik disini).
Dalam perancangan pewarisan Islam, wasiat adalah satu instrumen yang dibenarkan dan digalakkan untuk diguna pakai. Bagi memastikan tujuan utama wasiat digunakan dan bertepatan dengan tuntutan dunia dan akhirat, perancangan pewarisan perlu dilakukan dengan betul.

Untuk itu, umat perlu tahu perbezaan antara wasiat dan pusaka kerana orang Islam sering kali membuat tanggapan bahawa sistem pembahagian pusaka melalui faraid adalah segala-galanya.

Orang Islam bebas membuat keputusan sendiri sama ada untuk memiliki wasiat atau sebaliknya. Bagaimanapun, umat Islam digalakkan memiliki wasiat. Walaupun tiada paksaan tetapi wasiat digalakkan bagi memenuhi hasrat pemilik harta.

Sebagai pewasiat, umat Islam bebas menentukan dan memilih penerima wasiat tetapi masih perlu mematuhi dan memenuhi keperluan syarak, rukun dan syaratnya.

Kebiasaannya, penerima wasiat bukan dalam kalangan ahli waris pusaka kecuali mendapat persetujuan semua waris .

Pusaka pula sudah ditetapkan seperti mana firman Allah bermaksud: “Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti diterangkan dalam ayat ini ialah ketetapan daripada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Nisa’: 11)

Daripada Ibnu 'Abbas, Nabi Muhamad bersabda bermaksud: “Kamu bahagikanlah harta (pusaka) di antara ahli fard'idh (waris) berdasarkan Kitabullah.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Wasiat Islam adalah hasrat atau kehendak si mati yang dibuat ketika hidup sama ada dibuat secara bertulis atau secara lisan untuk dilaksanakan waris selepas kematiannya.

Mengetahui rukun dan syarat wasiat penting bagi memastikan wasiat dapat dilaksanakan, tidak terbatal dan paling utama mencapai maksud untuk mendapat keredaan Allah. Perkara yang boleh membatalkan wasiat juga perlu diberi perhatian kerana status wasiat bergantung kepadanya.

Kesedaran ini akan turut menjurus kepada peranan serta tanggungjawab menjaga serta melaksanakan amanah terkandung dalam wasiat. Ada kala pembatalan boleh terjadi tanpa disedari atau kecuaian pada peringkat memenuhi keperluan teknikal membabitkan harta tak alih pewasiat.

Pembatalan wasiat akan memberi kesan kepada waris. Wasiat terbatal jika pewasiat menjadi seorang yang tidak sempurna akal dan mati dalam keadaan itu; penerima mati sebelum pewasiat, manfaat wasiat musnah sebelum kematian pewasiat dan pewasiat menarik balik wasiatnya.
.

Rukun dan syarat wasiat
·  Pewasiat (Al-Musi)
Pemilik sah harta yang sempurna pada masa kematian, siuman, berakal, berwasiat secara sukarela dan merdeka.
·  Penerima wasiat (Al-Musho Lahu)
Penerima wasiat adalah umum; individu, badan kebajikan. Penerima hendaklah diketahui dengan jelas kecuali untuk perkara kebajikan, berkeahlian dan boleh menerima harta, bukan ahli waris menurut pendapat jumhur fuqaha’.
·  Harta yang diwasiatkan (Al-Musho Bihi)
Harta terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih, halal dimanfaatkan, boleh dipindah milik, boleh dimiliki dan milik pewasiat, harta bernilai menurut hukum syarak, harta itu tidak dihabiskan oleh hutang dan kadar harta tidak melebihi harta pewasiat.
·  Lafaz wasiat (Sighah)
Berlaku proses transaksi lafaz wasiat, ijab dan kabul, niat oleh pewasiat dan diterima oleh penerima wasiat. Persetujuan ini hendaklah diambil kira selepas kematian pewasiat tanpa mengira sama ada penerima wasiat sudah bersetuju atau menolak wasiat ini sebelum kematian pewasiat.
·  Ijab
Boleh dibuat melalui perkataan, tulisan atau isyarat membawa maksud wasiat dan hendaklah berterusan sehingga pewasiat meninggal dunia.
·  Qabul
Boleh dibuat selepas kematian sama ada secara jelas; percakapan atau dilalah melalui perbuatan atau diam. Penolakan wasiat juga hendaklah dibuat selepas kematian pewasiat. Qabul dan penolakan wasiat tidak disyaratkan segera. Hak qabul dan menolak wasiat berpindah kepada ahli waris jika penerima wasiat mati sebelum berbuat demikian.



Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya di talian 017-6896737 (amie) / 017-6896707 (aien),Untuk pemohonan sila lengkapkan borang pemohonan dan tetapkan tarikh temujanji untuk saya bertemu bersama anda (klik disini).Caj Penamaan wasiat RM 350 untuk seumur   hidup (klik disini).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan