"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..."

Surah Al baqarah : Ayat 240

Rabu, Oktober 12, 2011

Garis Panduan Perniagaan MLM yang HALAL
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
MLM_new
Saya telah menulis tulisan awalan berkenaan Multi Level Marketng pada bulan Januari 2007 dan menerima pelbagai respon positif dan negatif. Tidak kurang kurang muncul pelbagai tokoh-tokoh ilmuan lain turut serta menulis, mengemukakan pandangan masing-masing. Pun begitu, tiada satu panduan yang jelas mewakili Badan Agama yang berautoriti di tanahair. Khususnya apabila fatwa pada tahun 2006 mengharuskan MLM tanpa sebarang garis panduan yang jelas lagi terperinci.
Sejak dari itu, bertambah lagi perbincangan sehingga lahir pula beberapa syarikat MLM yang melantik penasihat Shariah bagi produk dan plan pemasaran mereka. Ini tidak syak lagi suatu perkembangan yang baik.
Saya sendiri telah dihampiri oleh sebuah syarikat tempatan untuk membantu merealisasikan sebuah syarikat multi level yang mematuhi undang-undang Islam. Alhamdulillah, niat baik syarikat tersebut berjaya dengan tertubuhnya sebuah syarikat MLM patuh Shariah.
Pun begitu, pemilik syarikat MLM yang lain, yang rata-ratanya digerakkan oleh peserta beragama Islam, masih tidak begitu mengendahkan persoalan hukum dan kritikan serta desakan orang ramai.
Tahun 2011, sejurus pulang dari United Kingdom, wakil JAKIM hadir beberapa kali bertemu saya untuk membincangkan penerbitan garis panduan MLM yang patuh Shariah yang lebih komprehensif. Akhirnya, terbitlah panduan ini.

MLM_syariah_150x150_p1
GARIS PANDUAN JAKIM & MAJLIS FATWA (DIPETIK DARI JAKIM)
Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara Pemasaran  Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah disediakan bagi tujuan memberi panduan  kepada syarikat jualan langsung yang menjalankan perniagaan berteraskan pelan  pemasaran berbilang tingkat (MLM), peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau  ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam  perniagaan ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung selaras  dengan prinsip-prinsip syariah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari  2006 telah memutuskan bahawa:
"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan  multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah  dengan konsep perniagaan Islam".
Lanjutan keputusan tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi  merangka garis panduan berhubung amalan perniagaan ini. Jawatankuasa tersebut  terdiri daripada paka-pakar dalam bidang syariah serta wakil agensi berkaitan seperti  yang berikut:
  • Dr. Zaharuddin bin Abd. Rahman
             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • En. Mohd. Talal bin Abu Bakar
             Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali
             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin
             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Ustaz Zaharudin bin Muhammad
             Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful

Draf Garis Panduan yang telah digubal oleh jawatankuasa ini telah diluluskan  dan diteliti oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26  Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal  Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011  telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara  Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini.

Download Garis Panduan MLM Patuh Shariah di link di  :- GARIS PANDUAN MULTI LEVEL MARKETING (MLM) PATUH SYARIAH

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
19 Sept 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan